Sunday, 6 November 2011

KASTURI KIJANG


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
"Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya."
(Hadis Riwayat Muslim)

 

Wangian Minyak Kasturi 


Khasiat Minyak Kasturi

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Ilmuan terkenal
Terutama Iman Ibnu Qayyum Aljauziyyah R.A dan ahli-
ahli perubatan Islam,maka Kasturi didapati banyak khasiat
antaranya;


 

1.Memberi kekuatan kepada ruh;
Haruman adalah santapan ruh,manakala kasturi adalah
merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“ Sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”
(H.R.Muslim)
2.Menenangkan hati(jiwa);
-Dapat menguatkan hati dan jiwa dengan menciumnya.
-Dapat menenangkan dan meriangkan hati dan jiwa
dengan menciumnya.
3.Mencergaskan akal dan menyihatkan otak.
4.Memperkuatkan organ (angota di luar tubuh).
5.Menolak wabak dan penyakit.
6.Menghilangkan debaran jantung.
7.Menghilangkan sesak nafas.
8.Melegakan lelah(Asma).
9.Menyedarkan orang pengsan.
10.Menghilangkan rasa gementar.
11.Menghilangkan sejuk tubuh.
12.Membuang angin yang berlebihan dalam badan.
13.Menawar racun dan bisa-bisa binatang.
14.Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.
15.Menjernihkan mata putih pada mata.
16.Melanjutkan usia.
17.Mengelakkan diri dari dipukau.
18,Menghidarkan dari gigitan nyamuk dan hinggapan lalat.
19.Menyukakan para Malaikat,orang-orang soleh dan
kesemuanya dengan izin Allah S.W.T.


   
Cara-Cara Memakainya;

Sapukan pada tempat yang berkenaan seperti;
Aliran nadi,Belakang telinga dan tempat yang sakit atau
Pada bekas minuman.
  

DOA KETIKA MENCIUM MINYAK WANGI
Ya Allah Sebagaimana kau telah kurniakan nikmat, maka
tambahkanlah dan tidak ada penghidupan kecuali
penghidupan akhirat.


Riwayat Imam Muslim bahawasanya Sabda nabi s.a.w. “ Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali “ ( Sabilul Muhtadiin m/s 36-37 )




Memakai bau-bauan yang harum dan wangi merupakan sunnah Rasulullah S.A.W serta mendapat pahala daripadanya. 



Jenis Kasturi







'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kumkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.


Kijang Jantan

No comments:

Post a Comment